Tuesday, 10 March 2015

Percintaan yang hangat

Ada satu kisah percintaan di antara romieo dan juliet. Mereka terlalu asik dalam melayari bahtera percintaan tersebut . Namun apakan daya . Percintaan mereka telah di halang oleh
Orang tua . Maka si juliet telah di kurung dalam sebuah bilik bagi memisahkan antara mereka berdua . Akan tetapi di sebapkan si juliet ni seorang degil dia berkeras mahu berjumpa dengan buah hatinya itu . Dengan tekat dia telah melarikan diri . Namun untuk bertemu dengan si romieo dia perlu merentasi sebatang anak sungai yang begitu deras aliranya . Dia pun berjalan mencari sesiapa yang boleh membawa dia ke seberang . Ahirnya dia berjumpa dengan si pendayung sampan . Untung membawanya ke seberang si pendayung meminta upah sebagai ganjaran . Oleh kerana si juliet tidak membawa duit dia tawarkan baju yang dia pakai sebagai tukar ganti . Pendayung tersebut pun bersetuju . Selepas itu belayar lah si juliet itu tadi ke seberang sana . Sesudah sampai dia menyerahkan pakaianya. Berjalanlah si juliet dalam keadaan berbogel tampa ada pakaian yang menutupi tubuh badan . Tengah-tengah dia berjalan. Beliau menemui sebuah biara yang di diami orang alim . Juliet cuba meminta bantuan dari orang tersebut tetapi permintaanya telah di tolak sebegitu sahaja . Namun dengan semangat yang cekal juliet tetap meneruskan perjalanan demi ingin bertemu si buah hati beliau . Bagi mengelak orang lain juliet telah mengambil jalan dalam hutan . Tiba-tiba dia telah terserempak dengan si pemotong kayu . Apa lagi . Tampa berfikir panjang pemotong kayu tersebut telah merogol juliet . Tetapi demi cinta yang suci juliet tetap bertekat ingin bertemu dengan romieo . ahirnya tibalah dia ke rumah romieo tersebut . Harapanya hancur musnah apabila romieo telah menghalau dia . Pergi kau dari sini . Kau bukan wanita yang pernah aku sayang . Kau sudah tidak suci lagi . Lalu dengan perasaan kecewa juliet pun pergi meningalkan romieo . Harapan dia telah musnah . Berapa banyak dia telah korbankan demi untuk bertemu dengan pujaan hatinya itu . Namun sedikit pun tidak pernah dia hargai . Ahirnya juliet telah pergi terjun gaung untuk membunuh diri .
Andai kata kamu seorang hakim yang berhak menjatuhkan hukuman kepada siapa yang kamu nak beri hukuman yang paling tinggi
A romieo
B pendayung sampan
C orang alim
D pemotong kayu

Monday, 14 July 2014

nasip badan

Hai pel la nsip aku lpas ni. Aku sendiri pun dah x pasti . Perlukah aku terus menanti atau terus menaruh harapan pada menda yang aku sendiri tidak pasti ape kesudahanya . Biarkan masa terus berlalu . Tapi aku yakin dan pasti takdir yang aku hadapi ini adalah tarbiah yang terbaik darinya . Aku tahu yang tuhan tidak akan sesekali menguji hambanya lebih dari apa yang mampu di hadapi . Biarlah orang lain nak pandang serong atau nak mengata . Aku tahu ape yang selama ini aku hadapi . Hanya kesabaran dan ketakwaan membuatkan diriku semakin kuat . Yakin dan pasti aku akan bahagia jua nnt . Mkin cma ini belum tiba masanya lagi .
Sekali lagi di hari raya aku sambut di perantauwan . Nasip badan kot . Pulang ke kampung tiada ape lagi yang tinggal . Mungkin cara ini lebih baik . Aku berserah kepadanya . Mak ampunkan anakmu ini . Aku nak balik ziarahi pusara mu tapi kekangan masa tidak izinkan aku lakukanya . Aku sendiri nak kena buat ape yang terbaik . Walaupun mungkin caranya tidak sempurna tapi ini yang mampu aku lakukan .

Tuesday, 11 March 2014

modal tidak besar

Jom sertai saya dalam cara untuk berniaga di alaf baru . Modal x besar cuma rm20 jer .

Wednesday, 7 August 2013

hari raya

thun ni aku beraya tidak bersama dengan keluarga . hatiku sebak tapi nk buat macam mane lagi . sudah ini jalan yang aku pilih . suka atau tidak aku kena la hadapinya . 

Monday, 10 December 2012

membina jati diri

ahirnya aku berada di sini kerana tiada lagi tempat untuk berlindung dari diri sendiri sehingga aku menumuinya dari mata dan hati org lain . berbagai-bagai perkara aku harus hadapi demi mencari kepulihan . ini bukan ber erti aku harus pulih dari masaalah penagihan yang aku sendiri cari tp bagai mana aku harus hadapi rintangan demi meneruskan kepulihan . biarlah susah mcm mane sekalipun aku harus hadapi . takan la masa seronok jer aku nak hadap bila dah susah nk menyalahkan org lain pulak . sikap-sikap yang truk macam ni la yang harus aku belajar kikis sikit demi sedikit . barulah masaalah yang aku sendiri cari dapat aku selesaikanya . nk berhenti itu mudah tp nk kekalkan kepulihan itu yang payah . aku haruslah bersukur kepada tuhan kerana di beri peluang . walaupun aku sendri tidak pasti ape yang aku akan hadapi di masa hadapan . ah ala bisa tegal biase . dah berani buat berani la tanggung akibatnya . menda yg susah kalau pandai kontrol pasti jadik lebih mudah . bersabar dan bertawakal memohon hidayah darinya agar dia memberi jalan yang terbaik harus aku lalui nanti .

Sunday, 2 December 2012

secara macam tidak sedar aku dah duduk dkt umah pengasih ni dah nk masuk minggu ke 4 . macam-macam perkara telah aku alami . suka duka semuanya aku kena la hadapi dengan tabah . nk buatmacam mane sendiri yang cari penyakit . sendiri juga la yang kena cari penawarya . duduk dekat sini macam-macam menda aku leh buat . aku pergi berhijrah pun atas kehendak diri sendiri . ni pun aku xckup masa nk tlis byak2 pe yang telah aku lakukan . nnt ade masa leh la sambung semual . mcm2 yang akan aku tulis kelak